fbpx

Martabak harga T20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian gambar jualan martabak mahal di media sosial Facebook, hari ini.

PETALING JAYA – Ada peniaga di bazar Ramadan cuba meraih keutungan berlebihan dengan mengenakan harga juadah berbuka puasa terlalu mahal kepada pembeli.

Melalui perkongsian di media sosial Facebook oleh Na Ma, dia terkejut melihat harga sebiji martabak yang dikenakan oleh peniaga di sebuah bazar Ramadan.

Menerusi gambar yang dikongsi itu, peniaga tersebut mengenakan harga martabak daging atau ayam istimewa berharga RM20 setiap satu manakala RM17 bagi martabak biasa.

“Silap masuk Bazar T20 ni,” kata Na Ma tanpa menyebut di mana lokasi bazar Ramadan tersebut.

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan peniaga berkenaan dan menyifatkan harga makanan tersebut tidak masuk akal.

“Berniaga satu hari saja ni, lepastu boleh pusing dunia,” kata Syed Khairi.

“Tahun ini, lebih baik makan bufet jauh lebih murah berbanding dekat bazar. Mahal sangat sekarang ni,” ujar Jenna.

“Boleh beli lapan martabak kalau RM20, berbuka sampai sahur. Nak kata saiz besar terang-terang tahu saiznya mungkin inti murtabak rusa atau kambing siapa tahu tapi terang-terang tulis daging dan ayam,” kata Navindra. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI