fbpx

Wanita kahwin tiga, tinggal sebumbung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tindakan Nellie yang mengahwini tiga lelaki adalah salah di sini undang-undang. – Affirmax

DODOMA, TANZANIA – Seorang wanita di  Tanzania mengundang kontroversi  kerana mengaku  dia memiliki tiga orang suami dan tinggal sebumbung dengan mereka, lapor laman berita Tuko kelmarin.

Wanita   dikenali sebagai Nellie itu mengaku menjadi ‘pemegang rekod’ di kejiranannya kerana mengahwini tiga lelaki.

“Saya telah tinggal bersama tiga suami ini selama tiga tahun. 

“Saya dahulunya mempunyai seorang suami yang kemudian meninggal dunia disebabkan kemalangan jalan raya. 

“Selepas itu, saya hanya tinggal bersama saudara lelaki mendiang yang akhirnya membuatkan saya jatuh cinta kepadanya,” kata Nellie sambil merujuk kepada salah seorang suaminya, Hassan.

Tiga suami Nellie iaitu Jimmy, Danny dan Hassan tidak mempunyai pilihan selain menjadi rakan baik kerana tinggal bersama di bawah satu bumbung.

Menurut Nelli, dia berkenalan dengan Danny ketika lelaki itu baru tamat belajar dan belum mendapat pekerjaan.

Jimmy pula ditemui ketika sedang duduk bersendirian kerana tertekan dengan masalah cinta.

Pengakuan Nellie itu menjadi perbincangan hangat yang turut mendapat perhatian seorang peguam yang berkata,  tindakan wanita berkenaan adalah menyalahi undang-undang.

Peguam tersebut, Nicodemus Agweyo berkata, tidak seperti poligami yang sah di sisi undang-undang, poliandri sebaliknya merupakan satu kesalahan.

“Jika seorang wanita didapati berkahwin dengan lebih daripada seorang lelaki, dia berdepan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun,” katanya kepada Ayo TV.

Tambahnya, klausa itu adalah jelas dan tidak menawarkan hukuman alternatif seperti pembayaran denda. – Agensi 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI