fbpx

Nasi Tiga Budaya juadah istimewa di Langkawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nasi lobak merah yang dimakan bersama makanan laut ketika ditemui di kafenya di Langkawi semalam.

LANGKAWI – Bagi menampilkan kelainan, pemilik Kampung Cafe di Langkawi Country Lodge, Pantai Chenang di sini, Norhayati Abdullah menawarkan set hidangan Nasi Tiga Budaya yang diolah sendiri.

Menurut Norha­yati, hida­ngan itu merupakan gabu­ngan citarasa Timur Te­ngah, Melayu dan India.

“Set hidangan ini terdiri daripada nasi lobak merah yang dimakan bersama makanan laut iaitu ketam masak rempah daun kari, udang goreng kunyit dan kari sotong.

“Bagi hidangan udang ­goreng kunyit, saya letakkan sayur termasuk brokoli,” katanya ketika ditemui semalam.

Jelasnya, set hidangan itu disertakan bersama sup sayur antaranya brokoli, labu, sawi manis dan daun selasih.

“Saya pilih sayur tersebut kerana ia menjadi kegemaran pelanggannya kebanyakan dari luar negara yang mengamalkan diet vegetarian,” ujarnya.

Menurutnya, nasi lobak merah sebenarnya nasi bawang yang mana resipinya diajar seorang te­tamu dari Mesir yang kemudian diolah de­ngan menambah lobak merah.

“Ramai pelanggan yang tidak boleh makan pedas, jadi saya olah dengan meletakkan pelbagai rempah termasuk garam masala yang merupakan resepi keluarga,” katanya.

Juadah dengan cita rasa Timur Tengah, Melayu dan India itu boleh didapati pada ­harga RM40 dan boleh dinik­mati untuk dua hingga tiga orang bagi setiap hidangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI