fbpx

Malaysia, Kemboja bincang pelbagai isu berkepentingan – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar ketika bertemu Hun Sen di Peace Palace, hari ini. : Foto FACEBOOK ANWAR

PETALINGA JAYA – Malaysia dan Kemboja membincangkan pelbagai isu berkepentingan bersama selain meneroka peluang kerjasama baharu dan memperkukuhkan jalinan hubungan sedia ada di antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen membuka peluang kepada kedua-dua negara mengutarakan pendapat serta bertukar pandangan.

“Pertemuan ini memberi peluang untuk mengutarakan dan membincangkan isu-isu mendesak yang memerlukan kerjasama dua hala berkepentingan seperti pendidikan dan industri makanan halal sementelahan meneroka peluang kerjasama baharu bagi memperkukuhkan lagi jalinan hubungan kedua-dua negara,” katanya melalui hantaran di Facebook, hari ini.

Katanya, pada pertemuan itu juga turut disaksikan pemeteraian dua Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Malaysia dan Kemboja berkaitan pekerja negara itu dan berharap usaha ini mampu memperkasakan lagi kerjasama kedua-dua negara dalam sektor perburuhan.

Terdahulu, pada lawatan itu delegasi Malaysia dirai dalam satu upacara sambutan rasmi di Peace Palace sebelum mengadakan pertemuan dengan Hun Sen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI