fbpx

K2

Snek terpilih percuma dari mesin layan diri sempena Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Istimewa sempena pelancaran mesin layan diri mini ini dan bulan Ramadan, orang ramai berpeluang mendapatkan set snek mingguan secara percuma dari mesin layan diri yang terletak di pusat beli-belah The Starling Mall, Petaling Jaya.

APABILA bercakap tentang mesin layan diri mini yang ditempatkan di premis-premis tertentu seperti pusat beli-belah, hospital atau lapangan terbang, jenis snek yang ditawarkan lazimnya snek-snek kurang menyihatkan.

Pilihan yang terhad mungkin sedikit sebanyak memberi kesan kepada mereka yang mahu mencari snek yang lebih menyihatkan untuk dibeli dari mesin layan diri sedemikian.

Justeru, sebagai pembaharuan dan sebagai usaha mengajak orang ramai untuk memilih snek lebih menyihatkan, syarikat peneraju pasaran dalam talian bagi produk organik dan sihat di Malaysia iaitu Signatures Market baru-baru ini melancarkan mesin layan diri pertamanya dikenali sebagai Signature Market Mini yang ditempatkan di pusat beli-belah The Starling Mall, Petaling Jaya, Selangor.

Mesin layan diri baharu Signature Market itu bertumpu kepada kemudahan untuk mendapatkan produk makanan sihat.
Platform tersebut kini mempunyai 500 produk dan seleksi produk yang ditawarkan untuk format mesin layan diri ini disusun khusus untuk keperluan penggemar snek termasuk bagi mereka yang bekerja di pejabat.

Kebanyakan produk itu juga telah dibungkus semula ke dalam saiz yang lebih kecil dan sesuai untuk dinikmati dengan mudah semasa berada di pejabat atau pada bila-bila masa.

Pengguna boleh memilih daripada pelbagai jenis snek seperti kekacang, bar muesli dan juga biskut.

Ketua Pegawai Eksekutif Signature Market, Edwin Wang berkata, pihaknya teruja untuk melancarkan mesin layan diri itu bagi memudahkan orang ramai mendapatkan pilihan snek yang menyihatkan.

“Kami sangat teruja untuk melancarkan mesin layan diri pertama ini dan menawarkan pelanggan cara yang lebih mudah untuk mencuba produk sihat dan organik kami.

“Melalui Signature Market Mini, kami memperkenalkan rangkaian minuman tanpa tenusu yang sentiasa menjadi jualan terlaris Signature Market tetapi tidak diketahui secara meluas oleh orang ramai.

Kewujudan Signature Market Mini akan memudahkan orang ramai untuk mendapatkan snek yang menyihatkan pada bila-bila masa.

“Sebagai contoh, semua rangkaian minuman latte yang ditawarkan dalam mesin layan diri kami menggunakan susu soya organik sebagai pengganti tenusu kerana kami mahu semua pengguna mencuba rangkaian minuman dan makanan ringan yang terbaik,” katanya.

Malah, sempena dengan pelancaran Signature Market Mini itu juga, pihak Signature Market turut memberikan enam set snek secara percuma setiap minggu.

Setiap set mingguan membawakan pengalaman tema unik termasuk satu minuman dan dua makanan ringan, selain menawarkan orang ramai peluang untuk mencuba beberapa produk popular platform tersebut bersempena bulan Ramadan.

Pelanggan boleh mendapatkan set snek percuma mereka setiap minggu dari mesin layan diri tersebut.

Ia sekaligus memudahkan mereka untuk menikmati makanan ringan yang sihat dan organik sepanjang bulan mulia itu.

Bagi menebus set snek percuma itu, pelanggan hanya perlu berkunjung ke mesin layan diri itu yang terletak di The Starling Mall, mengimbas kod QR yang dipaparkan pada mesin tersebut, mendaftar sebagai ahli Signatures Market dan menambah jumlah tertentu ke dalam dompet Signature Market milik mereka.

Signature Market Mini juga merupakan inisiatif gabungan dalam talian di luar talian atau online-merge-offline (OmO) pertama Signature Market pada tahun ini.
Syarikat itu berhasrat untuk memberikan pengalaman pelanggan dalam talian dan di luar talian yang lancar kepada pengguna, dengan menggunakan teknologi terbaik, yang seterusnya membawa

lebih banyak pengalaman berdaya teknologi kepada pengguna di Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI