fbpx

Jaga-jaga, ‘penyondol’ boleh didakwa di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
NUR EMIRA SAIZALI, WARTAWAN EKSEKUTIF

SUAMI dan penyondol, dua individu yang kerap berlegar-legar dalam radar dunia hiburan sejak awal tahun ini.

Entah kenapa, kemelut rumah tangga beberapa selebriti tanah air pada tahun ini hampir terlerai atau lebih teruk, musnah dise­babkan kehadiran orang ketiga.

Lihat sahaja beberapa rumah tangga selebriti terkenal tanah air ketika ini, kebanyakannya goyah kerana kehadiran orang ketiga atau disifatkan sebagai penyondol.

Banyak perkara boleh dipersoalkan tetapi fokal utama penulis kali ini ialah keadilan buat isteri apabila rumah tangga mereka goyah kerana kewujudan orang ketiga.

Wanita mana yang mahu didua­kan dan hakikatnya, si isteri sebenarnya tidak boleh duduk berdiam diri meratapi nasib, sebaliknya bangkit melawan mempertahankan hak mereka yang sepatutnya.

Bahkan, ada juga isteri yang mengambil pendirian untuk berdiam diri, memanjatkan doa agar penyondol yang ‘menyerang’ rumah tangganya insaf dan berlalu pergi. Itu dahulu.

Mungkin ramai yang belum sedar bahawa undang-undang negara boleh melindungi hak isteri yang teraniaya, namun semua itu harus hadir dengan bukti yang kuat untuk si pelaku disabitkan dengan kesalahan.

Perkara itu yang ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Nai’im Mokhtar pada Januari lalu mengenai isu orang ketiga yang sedang hangat diperkatakan ketika ini.

Mohd. Na’im berkata, dalam sesuatu pendakwaan, pembuktian yang kuat diperlukan bagi menyokong kes untuk didakwa seperti perbualan chat, e-mel, surat mahupun saksi yang mendengar.

“Namun, kekurangan bukti dan keterangan kukuh menyukarkan kes gangguan rumah tangga berpunca daripada orang ketiga didakwa di Mahkamah Syariah.

“Atas sebab isu pembuktian inilah kita jarang mende­ngar orang ketiga ini didakwa di Mahkamah Syariah walaupun kesalahan ini diperuntukan dalam undang-undang,” katanya.

Ujarnya, mana-mana individu sama ada isteri, suami atau orang lain yang mengesyaki wujudnya kesalahan boleh memulakan tindakan dengan membuat laporan atau aduan rasmi kepada Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam.

“Pendakwaan boleh mengikut Seksyen 36, Akta 559 merujuk kepada kesalahan memujuk lari atau meninggalkan kediaman bagi perempuan bersuami, manakala Seksyen 37 iaitu menghalang pasangan yang sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.

“Manakala, Seksyen 38 pula perbuatan orang ketiga yang bertindak menghasut suami atau isteri supaya bercerai atau menga­baikan kewajipan mereka,” jelasnya.

Tambahnya, kewujudan orang ketiga yang memecahbelahkan keharmonian rumah tangga pasangan lain sebenarnya adalah satu bentuk kesalahan.

“Perbuatan orang ketiga akan menjadi kesalahan jika tindakan mereka membawa kepada pergolakan atau konflik kepada pasa­ngan atau rumah tangga.

“Itu juga termasuk tindakan menghasut, mempengaruhi antara seorang perempuan dan lelaki supaya berlaku ketidakharmonian dalam rumah tangga sehingga mencetuskan pertelingkahan dan perceraian,” ujarnya.

Jika benar hati terpaut pada lelaki berstatus suami orang, ikutlah cara seeloknya. Jangan kerana nafsu, maruah binasa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI