fbpx

Euro 2024: Mancini lega buat keputusan tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RETEGUI (kiri) meledak gol kedua ketika mereka menundukkan Malta pada aksi kelayakan Euro 2024 awal pagi semalam. – AFP

VALLETTA (MALTA) – ­Pres­tasi semasa Mateo Retegui mengukuh­kan lagi pendirian pengendali Itali, Roberto Mancini yang bersedia untuk beri peluang kepada mana-mana pemain dua kerakyatan menyarung jersi The Azzurri pada masa akan datang.

Retegui yang berasal dari Argentina memberikan impak segera kepada Itali, selepas hasilkan jaringan tunggal ketika tewas kepada England sebelum ini.

Awal pagi semalam, pe­nyerang itu sekali lagi berjaya menggegarkan gawang lawan ketika memastikan kemenangan 2-0 ke atas Malta pada aksi Kumpulan C kelayakan Euro 2024.

“Retegui adalah penjaring gol dan ia bukannya perkara kecil. Itulah yang kami lihat sejak kami mengikuti perkembangannya. Dia masih memerlukan masa, namun bagi saya perkara terpen­ting adalah kualiti.

“Dia memiliki kualiti sebagai penyerang dan kami juga perlu beri masa kepadanya. Dia tidak ubah seperti seorang pelajar di sekolah baharu, pastinya dia ­perlu belajar banyak benda, namun sumbangannya tidak kecil.

“Saya fikir prestasinya akan memberikan kekuatan tambahan untuk belajar bahasa dan seterusnya dapat berkomunikasi dengan lebih baik bersama rakan sepasukannya,” katanya.

Sebelum ini, pemilihan Retegui mencetuskan perdebatan apabila Mario Balotelli merasakan Mancini masih memiliki ramai pemain ‘Itali sejati’ untuk dipanggil, namun bekas pengendali Manchester City itu enggan melayan cadangan berkenaan.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI