fbpx

Fahimi Rahmat, Athalia berkongsi luka kenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KISAH duka yang dilalui Fahimi menjadi inspirasi penghasilan lagu Sungguh Kamu Aku Rindu (SKAR).

MENGHARGAI keberadaan orang lain adalah hal yang sederhana tapi amat bermakna. Hargai setiap insan yang kita sayang selagi mereka masih bernyawa.

Demikian mesej utama yang cuba dibawakan penyanyi Fahimi Rahmat dan Athalia dalam single duet terbaharu mereka berjudul Sungguh Kamu Aku Rindu (SKAR).

Kolaboratif ulung dua bakat muda itu merupakan hasil kerjasama antara label Universal Music dan Faithful Music.

SKAR yang dilancarkan secara rasmi pada 3 Mac lalu dicipta sepenuhnya oleh Fahimi sejak dua tahun lalu selepas melalui satu peristiwa yang sangat berbekas dalam hidupnya.

“Lagu ini memberi peringatan agar sentiasa menghargai orang yang kita rapat. Sebab kita tidak akan pernah tahu bila dia akan pergi. Jadi hargailah setiap insan yang berada di sekeliling.

“Sebenarnya lagu ini sudah dihasilkan dua tahun lalu tetapi saya simpan sekejap kerana menunggu waktu yang terbaik untuk dilancarkan.

“Tahun ini adalah waktu terbaik merealisasikannya,” ujar Fahimi.

LAGU SKAR nyanyian Fahimi dan Athalia memberi peringatan agar setiap daripada kita sentiasa menghargai orang di sekeliling.

Tambahnya, lagu yang mendapat sentuhan daripada komposer Mike Chan tersebut diinspirasikan daripada kisah luka yang dilaluinya sebelum ini.

Dalami makna SKAR

Sementara itu, bercakap tentang gandingannya bersama Athalia, pemilihan penyanyi itu sememangnya bertepatan kerana mereka mudah mencipta keserasian ketika proses rakaman meskipun ini kali pertama Fahami menyanyi lagu duet.

“Selama berada dalam industri, saya tak pernah berduet dengan mana-mana penyanyi. Tetapi kali ini saya cari kelainan.

“Pada peringkat awal, ada beberapa nama penyanyi lain yang disenarai pendek. Tetapi pada akhirnya, Athalia yang dipilih sebab sewaktu mendengar suaranya, saya dapat rasakan lagu SKAR sangat sesuai dengan dia,” ujarnya.

FAHIMI berasakan vokal anak penyanyi Sharifah Zarina, Athalia sangat bertepatan dengan emosi lagu SKAR.

Dalam pada itu, Athalia yang merupakan anak kepada penyanyi Sharifah Zarina menyifatkan kerjasama dengan Fahimi sebagai pengalaman berharga cukup manis untuk dikenang.

Demi menyelami maksud sebenar lagu berkenaan, kedua-duanya menterjemahkan emosi dan nyanyian mengikut pemahaman sendiri.

“Lagu ini dekat dengan kehidupan orang yang pernah melalui cerita indah atau segala memori bersama pasangan mahupun insan tersayang.

“Sejujurnya, kerjasama ini adalah satu pengalaman hebat buat diri saya sebab kami masing-masing ada pandangan makna yang tersendiri.

“Tambahan pula, dalam video muzik ada banyak babak yang dekat dengan kisah hidup,” luahnya.

Menyifatkan Fahimi sebagai seorang penyanyi yang komited dengan setiap hasil kerjanya, Athalia berharap SKAR dapat diterima baik oleh pendengar.

Lagu SKAR kini tersedia dalam semua platform penstriman termasuklah video muzik rasmi yang boleh ditonton menerusi YouTube Faithful Music.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN