PETALING JAYA – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima negeri terutamanya di kawasan utara Semenanjung pada petang ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, antara negeri berisiko adalah Kedah (Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta seluruh negeri Pulau Pinang.
Selain itu, keadaan cuaca buruk yang sama turut diramal melanda Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), petang ini.
“Hujan lebat serta ribut petir turut dijangka berlaku di sekitar Jerantut, Pahang serta Tawau, Sabah.
“Keadaan ini diramal berlarutan sehingga pukul 7 petang hari ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE