fbpx

Coutinho bikin Koeman gundah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COUTINHO yang mengalami kecederaan hamstring tidak dapat beraksi bersama Barcelona menentang Juventus pada aksi Liga Juara-Juara di Stadium Allianz awal pagi esok.

BARCELONA – Pasukan gergasi La Liga, Barcelona terus dirun­dung malang apabila perancang tengah, Philippe Coutinho terpaksa diketepikan pada perlawanan penting bertemu Juventus dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah kerana kecederaan hamstring.

Sebagai rekod, Coutinho yang juga pemain termahal dalam sejarah yang dibeli oleh Barcelona telah mengalami kecederaan ketika pasukan tewas 1-3 dalam pertembungan el clasico menentang Real Madrid minggu lalu.

Ketiadaan Coutinho dijangka menjejaskan perancangan pengendali Barcelona, Ronald Koeman memandangkan jurulatih kelahiran Belanda itu sangat berminat dengan corak permainan bekas pemain Liverpool itu.

“Pegawai perubatan telah membuat imbasan terhadap kecederaan hamstring yang dialami Coutinho dan berapa lama dia bakal direhatkan masih belum diketahui. Saya harap dia dapat kembali cergas sepenuhnya tidak lama lagi,” kata Koeman dalam satu kenyataan.

Kini, Koeman mengharapkan gandingan penyerang duo berbisa, Ansui Fati dan Lionel Messi untuk membantu pasukan me­ngutip tiga mata penuh pada aksi bertemu skuad The Old Lady di Stadium Allianz awal pagi esok.

Sementara itu, Fati yang berjaya meledak gol pada pertemuan el clasico berharap dapat meneruskan sentuhan jaringannya, tetapi mengakui Juventus adalah pasukan yang cukup mencabar.

“Kita tahu kualiti yang ada pada Juventus dan mereka bukan pasukan mudah untuk ditewaskan. Namun, kami masih mengharapkan sentuhan Messi dan secara jujur, saya pun mahu menjaringkan gol pada perlawanan itu nanti,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN