fbpx

Timbalan Menteri Pendidikan disaran letak jawatan selepas gagal sedia jawapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hui Ying (kiri) dan Ahmad Marzuk (kanan).

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Pendidikan, Lim Hui Ying disaran meletakkan jawatan selepas gagal menyediakan jawapan bagi soalan yang dikemukakan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ahmad Marzuk Shaaary.

Ahmad Marzuk berkata, ia susulan tindakan Hui Ying yang seakan tidak mampu menggalas tanggungjawab itu merupakan suatu pembaziran wang kerajaan.

“Saya fikir perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah Parlimen. Saya meminta Menteri Pendidikan atau Timbalannya menjawab soalan nombor 16. Sayangnya Timbalan Menteri Pendidikan tidak menyediakan jawapan.

“Malah saya juga bertanyakan, jika beliau tidak ada jawapan kepada soalan asal, bolehkah dia menjawab soalan tambahan, namun beliau nampaknya tidak bersedia dan hanya datang untuk memenuhi kerusi di sebelah sana.

“Seseorang timbalan menteri itu perlu hadir ke Dewan Rakyat dengan persediaan,” katanya dalam sidang akbar di Parlimen, di sini hari ini.

Sebelum ini, Hui Ying yang gagal menyediakan jawapan ditegur Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd. Nor bahawa perkara terbabit bakal memberi gambaran tidak baik kepada kerajaan.

Sementara itu, Ahmad Marzuk berkata, jawapan kepada soalan dikemukakannya itu sepatutnya sudah disediakan lebih awal dan dibacakan di Dewan Rakyat, hari ini.

“Jawapan sepatutnya sudah ada, tetapi beliau tidak bawa atau baca. Jika nak jadi kerajaan, sepatutnya dua minggu sebelum sidang ini sudah selesai hal jawapan ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI