fbpx

Alvin Goh diberkas bersama kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALVIN diberkas bersama kekasihnya di sebuah apartmen oleh sepasukan polis di Pahang semalam.

PETALING JAYA – Selepas hidup sebagai pelarian sejak 15 hari lalu, Goh Leong Yeong atau dikenali sebagai Alvin Goh yang dicari bagi membantu siasatan kes Macau Scam dan judi online berjaya diberkas ketika bersembunyi di sebuah apartmen di Genting Highlands, Pahang semalam.

Apartmen itu terletak kira-kira 40 kilometer dari ibu kota.

Lelaki berusia 32 tahun yang menjadi buruan polis sejak berjaya meloloskan diri selepas memanjat pagar belakang ba­ngunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada 11 Oktober lalu ditahan pada pukul 1.30 pagi oleh sepasukan polis.

Polis turut menahan seorang wanita warga China disyaki kekasih Alvin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed memberitahu, suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk disoal siasat.

Katanya, suspek yang disyaki koordinator kepada aktiviti Macau Scam dan judi online yang didalangi warga China itu se­ring berpindah dari satu ke satu lokasi lain bagi mengelak dirinya dikesan pihak polis.

“Siasatan menyeluruh akan dilakukan termasuk mengenal pasti cara dia melarikan diri serta dakwaan kononnya dibantu pihak tertentu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Alvin kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes judi di Cheras mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka.

Difahamkan permohonan reman terhadap suspek dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Bagaimanapun, wanita warga China diberkas bersama Alvin dibebaskan dengan jaminan polis selepas permohonan reman terhadap wanita itu ditolak.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan polis memburu seorang lelaki yang melarikan diri selepas dibebaskan dengan jaminan SPRM kerana terlibat dengan kes Macau Scam.

Alvin dikehendaki bagi membantu siasatan tiga kes di bawah Seksyen 4 (1)(C) Akta Judi Terbuka 1953 kerana terlibat penganjuran judi online di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI