fbpx

Banduan hukuman mati dalam proses rayuan tertakluk kepada pindaan RUU baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Kira-kira 476 banduan hukuman mati yang masih dalam proses rayuan di mahkamah akan tertakluk kepada Rang Undang-Undang (RUU) Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 yang akan dilaksanakan selepas ini.

Ini kerana kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said, keputusan tersebut termasuk dalam enam dasar pindaan terhadap RUU Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023.

Katanya, keputusan itu juga berdasarkan RUU Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023.

“Dengan pemansuhan hukuman mati mandatori dan pindaan berbangkit susulan pemansuhan tersebut, Kerajaan Perpaduan telah beranjak ke arah pemansuhan
hukuman mati bagi enam kesalahan tertentu sebagaimana di atas dalam perundangan di Malaysia.

“Pemansuhan hukuman mati mandatori ini bertujuan menghargai dan menghormati nyawa setiap individu serta memastikan keadilan dan kesaksamaan bagi semua pihak termasuk mangsa-mangsa pembunuhan, kes-kes yang melibatkan pengedaran dadah, serta keluarga mangsa-mangsa.

“Oleh itu, dasar-dasar yang dicadangkan melalui RUU ini merupakan satu jalan tengah untuk memastikan keadilan dipelihara bagi semua,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI