fbpx

Harris Annuar dapat anak perempuan, gelar ‘Baby lato-lato’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARRIS Annuar menerima kehadiran cahaya mata sulung diberi nama Aura Medina yang dilahirkan semalam.

PETALING JAYA – Selepas sembilan bulan berkahwin, pelakon dan pengacara Harris Annuar teruja menimang cahaya mata sulung yang dilahirkan pukul 11.51 tengah malam semalam.

Berita gembira tersebut dikongsikan sendiri oleh pemilik nama lengkap Mohammad Harris Shahrul Annuar itu dengan berkongsi nama anak sulungnya iaitu bayi perempuan, Aura Medina.

Isteri Harris, Asha Merican melahirkan cahaya mata sulung mereka yang dilahirkan seberat 2.76 kilogram (kg) di sebuah pusat perubatan swasta di Kangar, Perlis.

“Pukul 11.51 malam, 26 Mac, 4 Ramadan. Alhamdulillah, Ya Allah. Assalamualaikum wahai anakku Aura Medina Mohd. Harris,” kongsinya dalam Instagram.

Tambah mencuit hati, Harris dalam perkongsian sama sempat menggelarkan anaknya sebagai ‘Baby lato-lato’ kerana sepanjang kehamilan, isterinya pernah mengidam beberapa perkara pelik seperti bermain permainan tersebut dan ketagih bau simen.

Tumpang teruja dengan kehadiran penyeri keluarga kecil pasangan itu, beberapa rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada pelakon filem Pulau itu.

“Alhamdulillah, tahniah Harris dan isteri,” tulis pelakon dan penyanyi, Bella Astillah.

Sejak semalam, Harris menerusi Instagram berkongsi beberapa momen menemani dan memberi semangat kepada isteri tercinta yang menahan kesakitan sebelum melahirkan bayi mereka di hospital.

Sekadar info, Harris dan Asha mendirikan rumah tangga pada 12 Jun 2022 selepas empat tahun bercinta dalam diam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI