fbpx

Ubat bawah lidah, tidak membatalkan puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Ubat cucuk insulin, ubat sembur dan ubat letak bawah lidah antara ubat yang tidak membatalkan puasa.

Menurut pakar kesihatan, Dr. Samhan berkata, ubat-ubatan itu tidak membatalkan puasa sekiranya tidak disedut dan ditelan.

Perkongsian itu tular, selepas Dr. Samhan menerangkan jenis-jenis ubat dan prosedur yang tidak membatalkan puasa di akaun Twitter miliknya bagi mengelakkan kekeliruan dan menambah ilmu kepada orang awam.

Prosedur yang sering disangka akan membatalkan puasa seperti menderma dan menerima darah, menerima oksigen atau gas untuk bius dan mencuci vagina rupa-rupanya tidak membatalkan puasa.

Perkongsian itu mendapat 209,000 tontonan, 1,516 perkongsian dan 1,516 ulang siar telah menjadi medium oleh pengguna Twitter untuk bertanyakan soalan.

Rata-rata di ruangan komen bertanyakan soalan berkenaan prosedur dan ubat-ubatan yang tidak membatalkan puasa dari Dr. Samhan.

“Kalau buat ‘sinus flush’ batal puasa tak,” komen wanita yang dikenali sebagai Mysarah Amin.

“Saya kena ‘iv drip venofer’ doktor cakap tak boleh puasa. Betul ke?,” tanya Crystal Ann. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI