fbpx

14 motosikal disita, dua remaja dicekup Op Samseng Jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua remaja lelaki berusia 17 tahun yang ditahan menerusi Op Samseng Jalanan di Jalan Sultan Azlan Shah, baru-baru ini.

BALIK PULAU – Sebanyak 14 buah motosikal disita manakala dua remaja lelaki berusia 17 tahun dicekup menerusi Op Samseng Jalanan yang dijalankan di kawasan Barat Daya pada Jumaat hingga Ahad lalu.

Menerusi kenyataan di Facebook Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD), lima motosikal telah disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dalam operasi pada hari Jumaat bermula pukul 10 malam hingga 4 pagi Sabtu lalu.

“Sebanyak sembilan buah motosikal lagi telah disita mengikut seksyen yang sama ketika operasi dijalankan pada pukul 10 malam, Sabtu hingga pukul 7 pagi Ahad lalu.

“Ketika operasi ini dijalankan dua lelaki berusia 17 tahun ditangkap di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang motosikal secara melulu dan merbahaya di Jalan Sultan Azlan Shah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kenyataan itu berkata, menerusi operasi ini juga polis telah mengeluarkan 58 keping saman atas pelbagai kesalahan ke atas pemilik motosikal.

“Selain membendung samseng jalanan yang melibatkan mat rempit, operasi ini juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan-peraturan lalulintas sedia ada.

“Operasi ini juga untuk memastikan penunggang motosikal sentiasa mengikut mengikut spesifikasi motosikal yang telah ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI