fbpx

Kean nafi jadi anak emas di PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEAN mendedahkan dia tidak memerlukan masa panjang untuk menyesuaikan diri dengan pasukan baharunya PSG kerana rakan-rakan sepasukan menerimanya dengan hati terbuka.

PARIS – Penyerang muda sensasi, Moise Kean mengakui semakin selesa dengan kelab baharu, Paris Saint-Germain (PSG) dan berharap dapat terus membantu pasukan mencetak kemenangan pada aksi Liga Juara-Juara Eropah menentang Istanbul Basakhekir awal pagi esok.

Sebagai rekod, Kean yang dipinjamkan ke PSG daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Everton pada awal bulan ini beraksi cemerlang apabila berjaya meledak dua gol dalam saingan Ligue 1 minggu lalu.

Kata Kean, tidak sukar buatnya untuk menyesuaikan diri dengan PSG kerana rakan-rakan sepasukan menerima kehadirannya de­ngan terbuka selain arahan yang diberikan oleh ketua jurulatih, Thomas Tuchel juga mudah difahami.

“Saya tidak kisah untuk beraksi di mana-mana posisi sera­ngan dan situasi itu membuatkan jurulatih bersikap terbuka untuk meletakkan saya terus dalam kesebelasan utama. Namun, ia tidak bermakna saya terus menjadi anak emas pasukan.

“Apa yang pasti, pasukan ini memiliki ramai pemain berkua­liti dan setiap daripada mereka berusaha keras untuk merebut kesebelasan utama dengan membuktikan keupayaan pada sesi latihan,” kata pemain antarabangsa Itali berusia 20 tahun itu.

Sementara itu, kapten pasukan PSG, Marqinhos menyeru agar rakan-rakan sepasukan fokus untuk mengutip tiga mata penting dalam aksi peringkat kumpulan selepas tewas pada aksi pembukaan menentang Manchester United minggu lalu.

“Kami anggap aksi menentang Istanbul Basaksehir adalah per­lawanan sukar dan saya mahu semua pemain memberi tum­puan penuh agar pasukan dapat me­raih kemenangan pertama dalam kempen Liga Juara-Juara Eropah musim ini,” katanya.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI