fbpx

Skuad B-22 julang Piala Merlion, atasi Hong Kong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENJARING gol kedua negara, Safwan Mazlan (no.21) meraikan jaringannya bersama Hakimi Azim untuk tewaskan Hong Kong 2-1. FB FAM

SINGAPURA – Skuad Bawah 22 Tahun (B-22) negara pulang ke tanah air dengan penuh senyuman apabila muncul juara Piala Merlion selepas tewaskan Hong Kong 2-1 pada pentas final di Stadium Jalan Besar, sebentar tadi.

Walaupun dipalit kekecewaan dengan keputusan pengadil yang membatalkan dua jaringan Hakimi Azim Rosli dan dihimpit kesilapan penjaga gol, Rahadiazli Rahalim, dua gol pantas yang dihasilkan pada babak kedua sudah cukup untuk mengesahkan kejuaraan sulung buat Malaysia.

Terdahulu, anak buah E. Elavarasan jelas pasukan lebih baik sepanjang babak pertama apabila berjaya memaksa pasukan lawan lebih menumpukan kepada tugasan bertahan dan peluang keemasan hadir seawal minit ke-12 namun rembatan deras Adam Farham Mohd Faizal sekadar singgah di palang gol.

Selang lapan minit selepas itu, gawang Hong Kong akhirnya bocor tetapi gol yang dihasilkan oleh Hakimi Azim dibatalkan kerana didakwa berada dalam kedudukan offsaid.

Bersambung babak kedua, Hakimi Azim sekali lagi dipalit kekecewaan sama apabila jaringan pada minit ke-58 turut dibatalkan namun penantian skuad negara berakhir apabila pemain gantian Najmudin Akmal Kamal meledak gol pembukaan pada minit ke-74.

Selang empat minit selepas itu, skuad negara makin selesa apabila rembatan Safwan Mazlan gagal disekat penjaga gol Hong Kong, Ng Wai Him.

Bagaimanapun minit ke-80, kesilapan Rahadiazli yang gagal mengeluarkan bola dari kawasan bahaya ‘menghadiahkan’ gol saguhati buat Hong Kong dan ia disempurnakan oleh Lau Ka Kiu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI