fbpx

PM iftar dengan 5,000 masyarakat Islam di Kemboja esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Zambry bercakap pada sidang akhbar di Wisma Putra di Putrajaya tadi. GAMBAR : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal berbuka puasa bersama kira-kira 5,000 orang masyarakat Islam di Kemboja ketika lawatan ke negara itu esok.

Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, program iftar tersebut akan dihoskan sendiri oleh Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen.

“Pada majlis itu nanti, beliau akan menyampaikan sejumlah 1,500 naskhah al-Quran versi bahasa Khmer dan Inggeris sumbangan Malaysia kepada umat Islam Kemboja,” katanya pada sidang akhbar di sini tadi.

Mengulas lanjut, Zambry berkata, Perdana Menteri akan tiba pagi esok dan disambut Menteri Kanan Tugas-Tugas Khas Hal Ehwal Islam Kemboja, Datuk Dr. Othsman Hassan.

“Beliau akan menghadap Raja Kemboja, Norodom Sihamoni di Istana Diraja serta diraikan dalam upacara rasmi sebelum mengadakan sesi pertemuan dengan Hun Sen.

“Mereka berdua dijangka membincangkan pelbagai isu berkepentingan bersama selain meneroka peluang kerjasama baharu dan memperkukuhkan jalinan hubungan sedia ada,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI