PELAKON Jung Sung-il berkongsi kekaguman dapat beraksi bersama barisan pelakon hebat siri drama Netflix popular The Glory.
Semasa temu bual bersama Wikitree, aktor itu memuji beberapa pelakon seperti Park Sung-hoon dan Kim Hieora yang sangat terkenal dengan lakonan luar biasa.
Bukan sahaja dua pelakon itu, Sung-il turut berkongsi pengalaman berlakon bersama Cha Joo-young yang menampilkan tenaga luar biasa ketika setiap kali beraksi dalam adegan.
Tidak lengkap jika tidak memuji pelakon antagonis Lim Ji-yeon yang merupakan aktres paling rapat dengannya.
Penyanyi berusia 43 tahun itu tidak putus-putus memuji kehebatan dan kebijaksanaan Ji-yeon mengendalikan watak dalam The Glory walaupun mendapat karakter yang kurang ajar.