fbpx

EPL: Nama Nagelsmann naik jadi pengganti Conte

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NAGELSMANN dikait sebagai pengurus baharu Spurs menggantikan Conte. – AFP

LONDON – Bekas pengendali Bayern Munich, Julian Nagelsmann tidak keberatan untuk dikaitkan dengan tugas sebagai pengurus baharu Tottenham Hotspur, namun memerlukan tempoh rehat yang pendek sebelum kembali bertugas.

Spurs dikatakan berminat untuk mendapatkan Nagelsmann selepas beliau dipecat dari Ba­yern selain masa depan yang tidak menentu melanda pengurus mereka, Antonio Conte yang bakal berakhir kontraknya pada Jun nanti.

Pengerusi Spurs, Daniel Levy dilaporkan berminat dengan khid­mat jurulatih berusia 35 tahun itu sejak sekian lama dan pernah berada dalam radar kelab itu ketika mereka memecat Mauricio Pochettino pada 2019.

Selain itu, mereka sekali lagi cuba merisik Nagelsmann ketika memecat Jose Mourinho, namun jurulatih berkenaan terlebih dahulu memilih untuk menyertai Bayern.

Dalam satu temu bual sebelum ini, Nagelsmann mengakui sering melihat aksi Spurs yang dibimbing oleh Pochettino dan Mourinho sebelum ini dan me­ng­akui pasukan itu cukup dekat di hatinya.

Spurs dikaitkan dengan nama beberapa pengurus lain sejak kebelakangan ini selepas masa depan Conte dalam keadaan tidak menentu ekoran kritikan kerasnya terhadap pemain dan pihak pengurusan selepas keputusan seri 3-3 menentang Sout­hampton sebelum ini.

Selain Nagelsmann, beberapa nama lain yang turut dikaitkan adalah Marco Silva, Roberto De Zerbi, Sergio Conceicao dan Thomas Frank selain Vincent Kompany yang mempamerkan tugas cemerlang bersama Burnley ketika ini juga turut dikaitkan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI