fbpx

EPL: Gaji Haaland bakal melonjak tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND bakal menjadi pemain yang menerima gaji paling tinggi di EPL sekiranya menandatangani kontrak baharu bersama City musim panas nanti. – AFP

MANCHESTER – Laporan baharu menyebut bahawa penggempur Manchester City, Erling Haa­land ditawarkan kontrak yang lebih lumayan untuk memastikan dia terus kekal di Etihad bagi tempoh lebih lama.

Penyerang antarabangsa Norway itu berjaya meledak 42 gol setakat musim ini untuk memastikan The Citizens masih lagi bersaing dalam merebut tiga piala.

Kemampuan Haaland yang menjadi ‘mesin gol’ berjaya menarik minat Real Madrid yang cuba untuk mendapatkan khid­mat pemain berkenaan pada musim panas 2024 nanti.

Bagaimanapun, pihak pengurusan City dilaporkan bakal meng­adakan rundingan bersama pemain itu pada penghujung musim ini untuk memberikan tawaran baharu sekali gus menyaksikan Haaland menerima pendapatan £500,000 (RM2.7 juta) seminggu.

Kontrak semasa pemain ber­usia 22 tahun itu akan berakhir pada 2027, namun City mahu melanjutkan tempoh tersebut bagi mengelakkan khidmatnya disambar oleh Real.

Haaland ketika ini menerima pendapatan sebanyak £375,000 (RM2.03 juta) seminggu menjadikannya antara pemain yang meraih pendapatan paling tinggi di Liga Perdana Inggeris bersama Kevin De Bruyne dan David De Gea.

City juga percaya bahawa kontrak baharu yang bakal diberikan kepada Haaland nanti mampu menarik minat bekas rakan sepasukannya di Borussia Dortmund, Jude Bellingham untuk menyertai pasukan itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI