fbpx

Qari cilik Melaka buat ketua juri menangis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Juri menangis setelah mendengar bacaan al-Quran yang dialunkan Ahmad Azfar dalam pertandingan Musabaqah Mazamir Dawud peringkat antarabangsa di Algeria.

PETALING JAYA – Qari cilik dari Melaka, Ahmad Azfar Azraie berjaya menyentuh hati para juri terutama ketua juri, Sheikh Ahmad Isa Al-Ma’syarawi menerusi bacaan al-Quran yang dialunkannya dalam satu program pertandingan diadakan tahun lalu di Algeria, namun mula bersiaran pada bulan Ramadan ini di saluran televisyen Al-Shorouk.

Qari berusia 10 tahun itu memenangi kategori kanak-kanak bawah 15 tahun dalam pertandingan Musabaqah Mazamir Dawud peringkat antarabangsa.

Menerusi perkongsian video oleh Wan Hakimi di TikTok semalam, kelihatan para juri menangis ketika mendengarkan alunan lunak bacaan ayat suci al-Quran daripada Ahmad Azfar yang juga merupakan anak kepada Qari terkenal, Ustaz Azraie Abdul Hak.

Mendengar alunan surah yang dibaca Ahmad Azfar, ramai memuji bakat kanak-kanak tersebut selain menitipkan pesanan agar dia terus menjadi seorang Qari terkenal seperti bapanya.

“Keluarga yang sentiasa dengan al-Quran. Tahniah buat Ustaz Azraie dan keluarga. Inspired people (menjadi isnspirasi kepada orang lain),” puji Nurul Sabri.

“Sampai mengalir air mata mendengar alunan adik Azfar, kamu seorang yang sangat hebat dik. Tahniah,” kata Nurnaa.

“Ya Allah, doaku agar kau peliharakan anak ini untuk memertabatkn kalam mu yang tertinggi ini. Amin,” pinta Ezan.

Sementara itu, perkongsian tersebut berjaya meraih lebih 1.8 juta tontonan dalam tempoh kurang 24 jam selepas ia dimuat naik di TikTok. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI