fbpx

Tiga beradik dirantai kerana bimbangkan keselamatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Miah menunjukkan tingkap dipercayai menjadi laluan tiga remaja meloloskan diri dari rumah mereka di Kampung Lat 1000, Simpang Empat dekat Kangar hari ini.

KANGAR – Suspek wanita yang direman kerana disyaki mendera tiga anak lelakinya termasuk dua orang kelainan upaya (OKU) disifatkan sebagai seorang penyabar dan penyayang.

Menurut kakak suspek dikenali sebagai Miah, ibu kepada tiga remaja itu amat jarang memarahi anak-anaknya dan tidak pernah memukul walaupun remaja terbabit sangat nakal.

Menurut wanita itu, dua anak saudaranya berusia 14 dan 16 tahun bersekolah termasuk yang sulung belajar di sekolah pendidikan khas di Simpang Empat.

“Sebelum kejadian, adik saya ada memberitahu dia akan pulang ke rumah suaminya di Alor Sena dan meminta saya tengok-tengokkan mereka.

“Selepas berbuka, saya ada pergi melihat dan bertanyakan apa yang budak-budak itu makan, selepas itu kami tidur awal sebelum dikejutkan dengan kehadiran anggota polis datang bertanyakan hal anak-anak saudara saya,” katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Lat 1000, Simpang Empat di sini hari ini.

Kosmo! hari ini melaporkan orang ramai menemui tiga remaja dengan dua daripadanya dalam keadaan dirantai sebelum polis menahan seorang lelaki dan wanita kerana dipercayai terlibat dalam kes dera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI