fbpx

Kesetiaan wanita itu…jauh sekali nak berselingkuh – Nabila Huda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISU perkahwinnan dalam kalangan selebriti yang hangatb diperkatakan kini menarik perhatian Nabila Huda bercakap tentang nilai setia seorang wanita yang disifatkan terlalu mahal untuk dikhianati.

PETALING JAYA – “Orang perempuan kalau sudah sayang (pasangan), memang akan lebih daripada nyawa sendiri.”

Demikian perkongsian aktres terkenal, Nabila Huda yang berpendapat kaum lelaki seharusnya menghargai setiap kasih sayang yang dicurahkan oleh pasangan mereka sebelum terlambat.

Nabila, 38, menyifatkan kaum wanita sebagai golongan yang sangat menjaga hubungan dimiliki dan jauh sekali ingin berselingkuh terhadap pasangan mereka.

“Kesetiaan orang perempuan jangan cakaplah, jauh sekali nak berselingkuh. Namun, jika sekali sudah disakiti dan kepercayaan hilang, cukup.

“Kalau hati dah tertutup, memang tak akan ada lagi peluang itu walau dipujuk dan dirayu macam mana sekalipun,” katanya dalam ciapan Twitter baru-baru ini.

Katanya, setiap individu perlu menghargai pasangan dan jangan sesekali mengkhianati cinta yang diberi.

“Hargailah dan sayangi pasangan sepenuh jiwa. Janganlah khianat cinta itu.

“Nanti kalau sudah hilang, tak guna menyesal. Semua kenangan masa bersama hilang begitu sahaja,” jelasnya.

Dalam pada itu, pelakon filem M4M4 berkenaan turut menasihatkan pengikutnya menerima kekurangan pasangan masing-masing dan jangan dilepaskan semua tanggungjawab kepada sebelah pihak sahaja.

“Dalam hubungan, perempuan kena terima kekurangan dan kelemahan serta sama-sama mengubah yang tidak okey, begitu juga lelaki.

“Jangan lepaskan semuanya kepada perempuan seperti pemikiran isteri perlu lakukan semua benda, tidak boleh begitu.

“Manakala, perempuan pula jangan terlalu memaksa suami untuk tunaikan sesuatu yang mereka tak mampu, perlu sedar ruang juga.

“Kita yang pilih untuk hidup bersama, jadi perlu terima kelemahan dan tambah baik bersama-sama,” ujarnya.

Jelasnya, kunci utama kebahagiaan ialah sabar dan komunikasi antara pasangan.

“Kunci paling utama adalah sabar tetapi kadang-kadang ada tahapnya.

“Benda paling penting dalam perkahwinan adalah komunikasi iaitu isteri kena luahkan apa yang dia rasa, suami pun sama, jangan simpan.

“Bincang perkara yang tak okey dan tidak puas hati. Cakap sahaja, semua dengan jujur,” jelasnya yang mengamalkan cara hidup sederhana bersama keluarga.

Nabila kini bahagia di sisi suami keduanya, Mohd Izwan Johar yang dinikahi pada 2015 dan seorang anak gadis, Keisha Laila, 12.

“Alhamdulillah kami sekeluarga sangat bahagia walaupun dalam hidup yang sederhana.

“Kalau boleh tak mahu fikir pekara tidak baik. Apabila baca berita sana sini, jadi takut dan rasa terkesan.

“Perlu terus berdoa dan lihat semula pada diri sendiri. Benda yang kurang, kita ubah,” katanya.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak atau pasangan selebriti popular yang sedang berantakan seperti Diana Danielle dan Farid Kamil, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof mahupun Hafidz Roshdi dan Syuhada, Nabila menegaskan perkongsian tersebut sekadar untuk peringatan bersama.

“Semua yang saya kongsi itu secara umum sahaja.

“Tiada niat nak bercakap tentang sesiapa, minta maaf kalau tersalah cakap atau buat sesiapa tersinggung sama ada kaum wanita atau lelaki,” ujarnya lagi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI