fbpx

Bakul kosong, rak ‘licin’ penangan resipi Khairul Aming

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter

PETALING JAYA – Bahan masakan dan minuman hampir ‘licin’ akibat penangan perkongsian resipi berbuka puasa oleh pempengaruh media sosial popular, Khairul Aming.

Khairul Aming atau lebih dikenali sebagai KA, kembali dengan video 30 Hari 30 Resepi menu-menu istimewanya sebagai rujukan untuk juadah berbuka puasa, moreh dan sahur.

Menerusi tinjauan Kosmo! di media sosial, kebanyakan pengguna memuat naik gambar memperlihatkan bakul dan rak yang hampir kosong di beberapa buah pasar raya.

“Juruwang warga Bangladesh jadi ‘jem’ kenapa semua orang beli benda yang sama,” komen Mira.

“Kalau tahu barang apa yang tiada dekat pasar raya, maknanya itulah resipi yang Khairul Aming masak,” komen seorang pengguna.

“Petang semalam dekat pasar raya, siap letak rak ‘display’ senang orang ambil resepi air Khairul Aming itu. Memang licin rak itu, selisih dengan troli orang lain pula semua ada bahan-bahan yang sama,” ciap Eyfa pula.

Dalam pada itu, ramai juga para suami berkongsi tangkap layar mesej daripada isteri masing-masing meminta untuk membelikan bahan-bahan masakan dalam resipi KA.

“Isteri mesej suruh beli barang-barang ini. Aku sudah tahu siapa puncanya,” komen pengguna yang lain.

“Betul-betul penangan KA ini. Aku ingat aku seorang yang dapat mesej dari isteri. Rupanya yang lain pun dapat sama,” komen Mirza. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI