fbpx

Lapan pendaki terkandas diselamatkan bomba

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Operasi membawa turun pendaki yang terkandas di Gunung Liang akibat hujan lebat sebentar tadi.-IHSAN JBPM PERAK

TANJUNG MALIM – Lapan pendaki yang dilaporkan terkandas di Gunung Liang di sini petang tadi ekoran hujan lebat dan laluan dinaiki air berjaya dibawa turun sebentar tadi.

Kesemua pendaki warga tempatan itu dibawa turun kira-kira empat jam tanpa sebarang kecederaan selepas panggilan kecemasan diterima pihak berkuasa pada pukul 5.35 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Mohd. Zaiful Fahmi Mohd. Nazari berkata, kumpulan pendaki itu ditemukan pada jarak 1.5 kilometer (KM) dari kaki gunung.

“Salah seorang mangsa menghubungi talian kecemasan 999. Hujan lebat pada sebelah petang hingga mengakibatkan laluan merintangi sungai dinaiki air menyebabkan mereka tidak dapat turun ke kaki bukit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mohd. Zaiful Fahmi, pihaknya mengambil masa kira-kira sejam mendaki untuk tiba di lokasi kesemua mangsa berada.

“Ketika kita sampai, air telah surut dan kesemua mangsa menyeberangi laluan tersebut dengan dipantau anggota dan ditemani turun ke kaki bukit. Operasi membawa turun mangsa tamat pukul 10 malam turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Slim Village,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI