fbpx

Lana Nodin persis anak patung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LANA NODIN

LAMA tidak mendengar cerita tentang pelakon bermulut ‘bising’, siapa lagi kalau bukan Lana Nodin. Kalau berborak dengannya, memang riuh dan tak pernah habis cerita. Meriah orang kata.

Baru-baru ini Lana ada berkongsi foto terbaharu dirinya dalam Instagram. Eh! Cantik betul macam anak patung.

Seperti yang semua orang tahu, tahun lalu Lana memang ada membuat pembedahan plastik membetulkan hidungnya di Korea Selatan.

Bukan suka-suka ‘repair’ hidung tau, tapi sebab ada sedikit kecacatan. Hasilnya sekarang, wajah Lana tidak ubah seperti anak patung.

Rata-rata pengikutnya dalam Instagram turut memuji kecantikan pelakon itu kerana dikatakan mirip seperti artis Korea.

“Ya Allah, cantiknya,” puji seorang pengguna Instagram.

“Semakin cantik Lana,” kata seorang lagi peminatnya.

“Comel!” ujar seorang netizen.

Bulan Ramadan ni kalau boleh Diva tak mahu ‘pedas’ sangat. Takut berkurang pula pahala puasa nanti. Kalau nak kutuk, caci atau maki sekali pun, dalam hati sudahlah.

DIVA: Terpegun tengok barisan gigi Syamsul Yusof yang putih bersih!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI