fbpx

Warga emas perlu RM5,600 bedah mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HANAPIAH menjual kuih yang dibuat isterinya di tepi jalan berhampiran Hospital Jitra semalam.

JITRA – Seorang warga emas memerlukan wang sebanyak RM5,600 untuk menampung kos pembedahan membuang selaput mata di sebuah pusat perubatan di Sungai Petani dekat sini.

Hanapiah Mahmud, 76, ­berkata, penglihatannya menjadi kurang jelas disebabkan masalah selaput mata di kedua-dua ­matanya.

“Masalah ini makin teruk sejak Januari lalu apabila penglihatan jadi kurang jelas terutama waktu malam,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Gelong Rambai di sini semalam.

Dia sebelum itu menerima kunjungan Presiden Inapan Siswa Malten Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Saniy Samsudin dan dua pelajar Pengurusan Awam, Pusat ­Pendidikan Profesional dan Lanjutan UUM.

Menurut Hanapiah, doktor mencadangkan kepadanya ­supaya melakukan pembedahan bagi membuang selaput mata tersebut.

“Saya akan berjumpa dengan doktor pada 4 November depan untuk mendapatkan maklumat lanjut termasuk tarikh ­pembedahan.

“Walau bagaimanapun, wang untuk pembedahan iaitu ­sebanyak RM5,600 belum mencukupi,” katanya.

Ujarnya, dia hanya membantu menjual kuih yang dibuat ­isterinya, Doyah Kasa, 70, di tepi jalan berhampiran Hospital Jitra di sini.

“Pihak yang ingin ­membantu ­meringankan kos pembedahan Hanapiah boleh salurkan di akaun Maybank miliknya 1520 6878 9172 atau menghubunginya di talian 012-5301064 atau 012-5328845.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI