fbpx

Bagai jatuh ditimpa tangga, Shuhada disaman orang ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISTERI Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada mendedahkan menerima surat saman daripada pihak ketiga yang dikatakan menggangu rumah tangganya. - AFIQ RAZALI.

PETALING JAYA – Ujian berat terus menimpa isteri Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada apabila bakal berdepan tuntutan saman daripada wanita yang selama ini didakwa menjadi orang ketiga, pengacau rumah tangganya.

Shuhada, 29, memaklumkan, tuntutan tersebut berkaitan perkongsian yang dimuat naik bertarikh 15 Februari 2023. Ketika itu, dia meluahkan perasaan kecurangan suaminya.

“Ramadan ketiga, saya dimaklumkan oleh peguam saya bahawa ada menerima surat tuntutan daripada pihak ketiga.

“Dia menuntut daripada tulisan saya dalam instagram pada 15 Februari 2023 berkaitan ucapan terima kasih kerana menghancurkan hati saya dan anak-anak.

“Seharian semalam, susah hati jugalah untuk saya yang belum pernah ada pengalaman ke mahkamah. Gementar juga memikirkan jumlah tuntutan ganti rugi yang bakal dia tuntut,” tulis Syuhada menerusi satu entri Instagram.

Menyifatkan situasi yang didepani seperti sudah jatuh ditimpa tangga, Shuhada bagaimanapun berkata, dia akan cekal dan bangkit demi anak-anak berdepan ujian mendatang.

“Walaupun rasa seperti jatuh ditimpa tangga selepas proses perceraian, kes mahkamah syariah, kes keganasan rumah tangga dan yang ini pula.

“Tak apa! Saya perlu bangkit. Jangan kalah. Saya kena kuat dan ini perjuangan saya. Saya hendak bagi contoh pada anak-anak saya kena kuat berjuang, jangan biar dibuli dan dipijak-pijak,” ujarnya lagi.

Terdahulu, kes perceraian antara Shuhada dan Hafidz masih berlarutan apabila dia mendakwa suaminya itu pernah melafazkan cerai sebanyak dua kali sebelum ini.

Shuhada mendakwa Hafidz pernah melafazkan talak kepadanya menerusi mesej pesanan Whatsapp selain melalui panggilan telefon masing-masing pada 22 Januari dan 22 Februari 2023.

Perbicaraan kes lafaz cerai mereka yang berlangsung pada Selasa lalu ditangguhkan ke 9 Mei depan.

Hafidz juga berdepan dengan pertuduhan menumbuk pipi kiri Shuhada sebanyak tiga kali di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya, Hulu Selangor pada 2 Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI