fbpx

Kemarau gol bukan masalah buat Faisal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAISAL yang sudah memiliki 20 penampilan bersama skuad Harimau Malaya perlu memecahkan ‘tembok’ kemarau gol bagi mendapatkan semula sentuhan jaringan. – RAJA JAAFAR ALI

ISKANDAR PUTERI – Pemain sayap kiri Harimau Malaya, Fai­sal Halim menganggap kemarau gol musim ini tidak menjejaskan tumpuan untuk memberi persembahan terbaik membantu pasukan meraih kemenangan.

Pada aksi menentang Turkmenistan di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin, Faisal berusaha keras untuk meledak gol musim ini, namun belum ada rezeki.

Kata Faisal, kekecewaan itu membuatnya lebih gigih untuk meningkatkan permainan, sekali gus membantu skuad kebangsaan mendapatkan kemenangan pada aksi kedua menentang Hong Kong, Selasa ini.

“Kita sudah bekerja keras tapi belum ada rezeki untuk saya menjaringkan gol, namun apa yang penting ialah pasukan menang, Alhamdulillah syukur, tak kisah siapa yang jaringkan gol.

“Sebagai seorang pemain, saya akui tertekan kerana saya masih gagal menjaringkan gol.Namun, permainan saya masih di tahap terbaik dan akan be­kerja lebih keras kerana tidak boleh selesa sekarang,” katanya.

Sejak berpindah dari Terengganu FC (TFC) ke Selangor FC, pemain itu sudah membuat lima penampilan bersama pasukan, namun masih belum berjaya memahat nama sebagai penjaring, bahkan penyokong masih menantikannya untuk meraikan jaringan gol seperti idolanya, Cristiano Ronaldo.

Pemain yang memiliki 20 penampilan bersama skuad Harimau Malaya itu memberi­tahu, dia hanya perlu meme­cahkan ‘tembok’ kemarau gol, itu sahaja bagi mendapatkan semula sentuhan jaringan.

“Sudah tentu saya tidak menganggap kemarau gol ini sebagai masalah yang mengganggu fokus saya. Dalam bola sepak ini, pemain penyerang pun belum tentu boleh jaringkan gol.

“Ini menjadikan saya lebih berkobar-kobar memburu gol, mungkin rezeki saya akan muncul nanti,” katanya.
Faisal juga menyifatkan pa­sukan yang ada ketika ini berada di tahap yang lebih tinggi berbanding pasukan ketika kejohanan Piala AFF yang

lalu dengan kehadiran beberapa pemain Johor Darul Ta’zim (JDT).

“Saya syukur ada dalam se­narai ketua jurulatih untuk jalani latihan pusat. Kami berpeluang merasa berlatih di padang latihan baik dan bermain di stadium baik, sudah tentu benda seperti ini membantu untuk beraksi lebih baik,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI