fbpx

Tegar sudah bergelar bapa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TEGAR bersama isterinya, Sarah.

PENYANYI yang popular dengan lagu Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang, Tegar Septian kini bergelar bapa selepas isterinya, Sarah Sheila Kamilia selamat melahirkan cahaya mata lelaki baru-baru ini.

Dalam satu perkongsian yang dikongsikan Tegar, kelihatan penyanyi berusia 19 tahun itu sedang mengendong anaknya yang dibalut dengan kain batik.

Rata-rata peminat penyanyi itu begitu gembira apabila mengetahui bahawa Tegar telah menjadi bapa pada usia muda.

“Tahniah. Semoga menjadi anak yang pintar dan memberi kebanggaan untuk kedua-dua orang tuanya,” ujar seorang pengguna Instagram.

Terdahulu, Tegar dan isterinya, Sarah menikah pada Mac lalu dalam sebuah majlis yang diadakan di Garut, Jawa Barat, Indonesia.

Pernikahan kedua-dua mereka telah mengejutkan industri hiburan Indonesia kerana Tegar yang ketika itu baru berusia 19 tahun, manakala Sarah pula 23 tahun.

Tidak sekadar beza usia, pernikahan Tegar dan Sarah juga diterpa gosip kurang enak apabila wanita itu dituduh sedang hamil sebelum mereka berkahwin.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI