fbpx

Lelaki ditikam 33 kali dalam bas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cole (kiri) didakwa membunuh Lucas (depan dan tengah) pada 26 Februari lalu selepas bertengkar. - KLAS

WASHINGTON – Seorang lelaki di Amerika Syarikat (AS) yang mati akibat ditikam sebanyak 33 kali, bertindak menjerit untuk meminta pertolongan daripada pemandu bas, namun mangsa tidak dihiraukan, lapor akhbar New York Post semalam. 

Aaron Cole, 59, didakwa membunuh Dominique Lucas, 30, pada 26 Februari lalu selepas pertengkaran tercetus di dalam bas yang dipandu di bandar raya Las Vegas, negeri Nevada.

Video kejadian yang ditayangkan kepada hakim Daerah Clark menunjukkan situasi di mana mangsa menjerit kepada Cole yang duduk di sebelahnya: “Saya tidak mengganggu anda.”

Beberapa saat kemudian, Cole dilihat mengeluarkan pisau dan menikam Lucas. Mangsa kemudian berlari dari tempat duduknya ke bahagian hadapan bas dan bergelut menolak pintu untuk keluar. 

Akan tetapi, pemandu bas itu kelihatan terus memandu apabila Cole berjalan ke arah mangsa dan terus menikamnya. Serangan mengejutkan itu berlangsung selama empat minit dengan pintu bas dibuka dan ditutup seketika.

Pemandu bas kemudian dilihat mengaktifkan butang panik untuk meminta  bantuan dan bertanya sama ada Lucas mahu turun dari bas. Cole kemudian menikam mangsa sekali lagi.

Polis mendakwa serangan itu berlaku pada pukul 4.50 petang (waktu tempatan) dan bas itu berhenti lima minit kemudian.

Ketika polis tiba pada pukul 4.58 petang (waktu tempatan), hanya seorang penumpang dilihat membantu mangsa yang merangkak keluar dari bas sebelum meninggal dunia akibat kecederaannya.

Pemandu itu mendakwa dia menutup pintu bas untuk keselamatan mangsa dan penumpang lain. 

Jurucakap syarikat Keolis yang mengendalikan bas itu berkata bahawa pintu perlu ditutup kerana risiko mangsa atau penumpang mengganggu lalu lintas. Bas itu berada di laluan alternatif pada hari kejadian dan dipandu di sebelah kiri jalan.

Berikutan penahanannya untuk insiden tersebut, Cole dibebaskan dengan hakim mengetepikan ikat jaminan AS$3,000 (RM13,279) yang diminta oleh pendakwa raya kerana menganggap Cole sebagai ‘risiko rendah’. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI