fbpx

Euro 2024: Aspas kembali perkuat La Roja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASPAS sedia membuktikan pemilihannya mampu memberikan kelebihan buat Sepanyol yang akan menentang Norway awal pagi esok. – AFP

MADRID – Penyerang berpe­ngalaman Sepanyol, Iago Aspas merasakan La Roja harus mengelak melakukan kesilapan sama ia­itu tiada ‘Pelan B’ hingga dipalit kegagalan di pentas Piala Dunia sebelum ini.

Selepas tidak mendapat kepercayaan Luis Enrique ke Qatar, Aspas kembali menyertai pasukan kebangsaan di bawah kendalian Luis de la Fuente bagi menghadapi aksi Kumpulan A kelayakan Euro 2024 bermula dengan menentang Norway, awal pagi esok.

“Pada pendapat saya, ketika itu Luis Enrique sudah membina corak permainan pasukan, namun tidak ada ‘Pelan B’ selepas perancangan pertama menemui jalan buntu. Jadi, tumpuannya sekarang akan jadi lebih mudah,” katanya.

Bagaimanapun, sehari sebelum aksi, Sepanyol berdepan berita negatif selepas seorang lagi penyerangnya, Bryan Gil terpaksa disisihkan untuk hadapi Norway kerana kurang cergas, namun De la Fuente tidak bercadang untuk membawa pemain gantian.

Aspas juga mahu menjadikan peluang yang diberikan De la Fuente kali ini sebagai pentas membuktikan kualiti sebenar dimilikinya dan bersedia memainkan peranan lebih besar termasuk melakukan tugasan bertahan setiap kali menerima asakan lawan.

“Data menunjukkan saya mampu melakukan larian 10 kilometer (km) pada setiap perlawanan. Ketika di Celta Vigo, tiada seorang pemain yang ketinggalan semasa bertahan kerana jika ia berlaku, pasukan lawan akan hukum kami.

“Apabila saya hadir ke pasukan kebangsaan, saya fikir saya sudah tunjukkan yang saya adalah pemain yan mampu bermain di posisi berbeza, sama ada di belakang penyerang utama atau pun di posisi lain. Saya berada di sini adalah untuk bantu pasukan dan laksanakan kemahuan jurulatih,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI