fbpx

Bersahur hanya lauk telur, ikan masin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norhasanah (kiri) dan Kasmah berbual mengenai persiapan Ramadan ketika ditemui di PPS SK Sri Telok di Parit Yaani, Batu Pahat semalam.

BATU PAHAT – Mangsa banjir di sini hanya makan telur goreng, ikan masin dan sayur kacang untuk bersahur kerana tak sempat membuat persediaan menyambut Ramadan ekoran baru dibenarkan pulang dari pusat pemindahan sementara (PPS) kelmarin.

Norhasanah Kassan Basseri, 32, berkata, dia dan tujuh ahli keluarganya ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Telok di Parit Yaani di sini selama 21 hari dan tidak sempat untuk menje­nguk rumah kerana dinaiki air sebelum mula surut sejak tiga hari lalu.

Katanya, keadaan rumahnya masih berselerak apabila dima­suki air pada paras dada orang dewasa yang menyebabkan peralatan hanyut di dalam rumah.

“Saya hanya cari kelengkapan yang ringkas untuk masak keperluan bersahur. Apa yang ada hanyalah telur, sayur di belakang rumah juga hampir mati ditenggelami air.

“Banjir ini yang kedua berlaku sejak banjir besar pada 2007 hingga memaksa kami menginap di PPS selama dua bulan,” katanya ketika ditemui di Kampung Parit Andin di sini semalam.

Sementara itu, jiran Norhasa­nah, Kasmah Karim, 64, yang tinggal bersama seorang anak perempuan dan lima orang cucunya amat bersyukur selepas dibenarkan balik..

Ujarnya, tumpuan sekarang adalah untuk membersihkan rumah yang boleh diumpamakan seperti ‘kapal karam’ selepas dimasuki air kira-kira sedalam 3 meter.

“Untuk bersahur cukup sekadar ikan kering serta telur ayam kicap sebagai juadah kerana tidak sempat menyediakan apa-apa selepas lebih menumpukan untuk mencuci rumah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI