fbpx

Euro 2024: Mitrovic sandaran robek Lithuania

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MITROVIC berada pada prestasi terbaik ketika ini untuk membantu Serbia mencari jumlah jaringan yang besar apabila berdepan Lithuania nanti. – AFP

BELGRADE – Serbia dijangka tiada masalah untuk merekodkan kemenangan besar ke atas Lithua­nia menjelang aksi pertama kelayakan Euro 2024 di Stadium Red Star awal pagi esok.

Ia berdasarkan rekod antara kedua-dua pasukan yang me­nyaksikan The Eagles hanya tewas sekali kepada Lithuania daripada tujuh pertemuan mereka selama ini.

Pengendali Serbia, Dragan Stojkovic sekali lagi mengharapkan sentuhan tajam penyerang sensasi Fulham, Aleksandar Mitrovic untuk merobek gawang Lithuania dalam perlawanan itu.

“Mitrovic menjaringkan dua gol ketika kali terakhir bertemu Lithuania. Dia juga ketika ini berada pada tahap terbaik bersama kelabnya dan saya percaya dia boleh membantu kami sekali lagi,” katanya.

Dalam masa sama, Stojkovic tidak sabar untuk melihat persembahan pemain tengah Udinese, Lazar Samardzic selepas membuat keputusan me­nyarung jersi Serbia berbanding Jerman.

“Kami berjaya meyakinkannya untuk memilih Serbia selepas lama berhubung dengan pihak­nya. Sekarang terpulang kepada dia untuk menunjukkan impaknya bersama kami.

“Saya telah melakukan segala-galanya, tetapi saya tidak boleh memaksa sesiapa. Saya amat gembira kerana dia akhirnya menerima tawaran ini,” jelasnya.

Selepas bertemu Lithuania, Serbia akan meneruskan aksi kelayakan kedua kempen Kumpulan G menentang Montenegro di Stadium Podgorica City pada 28 Mac ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI