PENYANYI Chaeyoung tidak sedar sehelai baju-T yang dipakainya mempunyai simbol Nazi yang sangat sensitif bagi sebilangan masyarakat.
Anggota Twice itu memuat naik gambar bajunya dengan simbol tersebut dalam Instagram sebelum ditegur peminatnya.
Dia kemudian memadam perkongsian tersebut dan membuat permohonan maaf dengan menjelaskan, tidak tahu tentang maksud sebenar simbol tersebut.
“Saya minta maaf kerana tidak menyelidik terlebih dahulu sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat.
“Maafkan saya. Saya berjanji akan beri lebih perhatian pada masa depan dan mengelakkan kejadian sama berulang lagi,” katanya.
Biarpun penjelasan Chaeyoung diterima peminat, namun ada segelintirnya kurang bersetuju dan mengecam penyanyi itu kerana tidak mengenali simbol yang