fbpx

Jannatun Assyifa selamat dikebumikan malam semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jenazah Allahyarhamah Nurul Jannatun Assyifa telah selamat dikebumikan di tanah perkubuhran Islam Telok Gong, semalam.

KLANG – Jenazah Allahyarhamah Nurul Jannatun Assyifa Muhammad Jamathir, mangsa kemalangan di Kampung Telok Gong, pagi semalam telah selamat dikebumikan di tanah perkubuhran Islam Telok Gong, malam semalam.

Ayah mangsa, Muhammad Jamathir Ahmad Nordin, berkata, jenazah selamat dikebumikan selepas solat Isyak, kira-kira pukul 9 malam dengan disaksikan beberapa ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung.

“Pihak hospital selesai jalankan bedah siasat ke atas Jannatun Assyifa kira-kira pukul 6 petang semalam (Rabu).

“Selesai post mortem, jenazah terus dibawa ke masjid berdekatan tanah perkuburan untuk disolat jenazah dan terus dikebumikan,” katanya ketika dihubungi Kosmo!/Utusan Malaysia hari ini.

Ditanya mengenai keadaan anak bongsunya, Alif Zahfran Muhammad Jamathir, Muhammad Jamathir memaklumkan anaknya sudah dibenarkan keluar daripada Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini, awal pagi tadi.

Menurutnya, pihak hospital membatalkan rancangan untuk membedah kepala Alif Zahfran yang dirancang pada awalnya, setelah melihat keadaan anak bongsunya itu semakin sihat.

“Dia kini Alhamdulillah stabil dan sedang berehat di rumah.

“Apapun, saya bersyukur kerana urusan pengebumian jenaah Jannatun Assyifa berjalan lancar tanpa sebarang masalah,” ujarnya.

Kosmo!/Utusan Malaysia semalam melaporkan melaporkan seorang murid perempuan maut akibat digilis treler manakala adiknya dan pengasuh wanita cedera dalam kemalangan itu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, , Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI