fbpx

Lima direman kes tuntutan palsu penyelenggaraan SJKT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara suspek yang dibawa SPRM ke Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Lima lelaki direman selama lima hari bagi membantu siasatan tiga kes berasingan berkaitan tuntutan palsu bagi kerja penyelenggaraan fasiliti Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di sekitar Selangor pada 2020.

Perintah reman ke atas semua suspek berusia 40 hingga 52 tahun itu dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret di sini, kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Majistret Nur Syuhada Abdullah membenarkan permohonan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Sumber berkata, kes pertama melibatkan dua pemilik syarikat dan seorang kontraktor yang disyaki mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM875,000.

“Tuntutan itu bagi kerja penyelenggaraan, penambaikan dan membaikpulih fasiliti SJKT sedangkan kerja tersebut tidak dilaksanakan sepenuhnya. Ketiga-tiga lelaki itu ditahan di pejabat  SPRM Selangor antara petang semalam dan malam tadi,” katanya.

Menurutnya, kes kedua melibatkan seorang kontraktor atas kesalahan sama  berkaitan SJKT di Kuala Selangor yang bernilai RM865,000.

“Manakala, kes terakhir berkaitan seorang pengarah operasi dipercayai menggunakan sebuah syarikat mengemukakan tuntutan bayaran palsu kepada Lembaga Pengelola Sekolah SJKT di Selangor.

“Ia juga bagi cadangan kerja penyelenggaraan sekolah berjumlah RM763,000 sedangkan kerja itu tidak mengikuti spesifikasi ditetapkan,” ujarnya.

Tambah sumber, kesemua suspek ditahan SPRM dalam Ops Direct dan Ops School.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim mengesahkan penahanan berkenaan dan berkata, semua kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI