fbpx

Gempa bumi sederhana di Kepulauan Filipina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gempa bumi berukuran sederhana berlaku di Rantau Kepulauan Filipina pagi tadi.

PETALING JAYA – Satu kejadian gempa bumi berukuran sederhana berlaku di Rantau Kepulauan Filipina pada pukul 7:32 pagi tadi.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, kejadian gempa bermagnitud 5.1 skala Richter itu berlaku di 19.4 darjah Utara dan 121.1 darjah Timur.

Katanya, jarak gempa itu pula adalah 146 kilometer (km) Utara dari Laoag City, Filipina dengan kedalaman 56 km.

Bagaimanapun, kejadian tersebut tidak menyebabkan ancaman tsunami kepada Malaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI