fbpx

KKM laksana Operasi Ramadan 2023 di premis makanan, bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meneruskan Operasi Ramadan 2023 serentak di seluruh negara di semua premis-premis makanan termasuk bazar Ramadan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, langkah itu berpandukan Garis Panduan Pelaksanaan Operasi Ramadan 2023 melibatkan pemeriksaan premis serta pensampelan makanan.

Katanya, ia bagi memastikan makanan yang disediakan atau dijual adalah selamat, mematuhi Akta Makanan 1983 dan juga peraturan peraturan di bawahnya.

“Pemeriksaan ini juga akan dijalankan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan ( PBT) masing-masing.

“Sepanjang Ramadan ini, KKM ingin menasihatkan masyarakat agar mengamalkan konsep ‘Sama-sama: Perhati dan Pilih Juadah di Bazar Ramadan’ iaitu memastikan memilih gerai bersih dan mengamalkan pengendalian makanan yang baik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, peniaga juga dinasihatkan membasuh terlebih dahulu bahan mentah termasuk telur sebelum digunakan dalam penyediaan makanan dan tidak menyediakan makanan berisiko tinggi untuk basi secara terlalu awal.

“KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna.

“Melalui pelaksanaan pemantauan dan penguatkuasaan yang berterusan, KKM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan dan kualiti makanan adalah terkawal,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI