PETALING JAYA – Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO menggantikan Isham Jalil manakala bekas Ketua Pemuda, Datuk Asyraf Wajdi dilantik sebagai Setiausaha Agung menggantikan Datuk Seri Ahmad Maslan.
Perkara itu dimaklumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Menara Dato’ Onn, hari ini.
Dalam pada itu, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengekalkan jawatannya sebagai Bendahari Agung parti itu. – KOSMO! ONLINE