fbpx

Penyokong tegar Donald Trump enggan sertai protes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan kecil penyokong Trump berhimpun berhampiran Kelab Mar-a-Lago di Florida kelmarin. - Getty Images

WASHINGTON – Bekas presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menggesa penyokongnya agar melakukan protes bagi membantah tuduhan jenayah ke atas beliau namun, seruan itu menerima sambutan hambar apabila sebilangan mereka enggan turut serta.

Menurut laporan Badan Penyiaran Britain (BBC), polis di bandar-bandar utama sudah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya pergolakan.

Bagaimanapun, sebilangan penyokong tegar Trump mengeluarkan pesanan ringkas  yang menyeru agar penyokong lain tidak menyertai bantahan tersebut dan kekal berada di rumah.

Percanggahan itu dikesan melalui mesej pro-Trump yang dimuat naik secara dalam talian. Khabar angin mengenainya telah tersebar menerusi rangkaian-rangkaian media sosial utama, aplikasi pesanan ringkas dan platform Truth Social milik Trump sendiri.

Ramai penyokong tegar bekas presiden itu percaya bahawa rusuhan di Capitol pada 6 Januari 2021 bukan dihasut oleh peminat Trump atau kumpulan sayap kanan seperti Proud Boys dan Oath Keepers, sebaliknya oleh ejen persekutuan atau sayap kiri antifasisme yang ingin memburukkan pemimpin itu.

Walaupun tiada bukti mengenainya, lebih 1,000 orang yang ditahan berkaitan dengan rusuhan Capitol adalah penyokong Trump, manakala laman-laman berita dipenuhi dengan spekulasi serta cadangan mengenai plot kejadian.

Justeru, khabar angin dan kebimbangan terhadap kejadian serupa yang mungkin berulang menghalang orang ramai daripada keluar di jalan untuk memprotes penahanan Trump.

Aktivis sayap kanan yang menganjurkan protes yang membawa kepada rusuhan Capitol, Ali Alexander mendakwa dia tidak akan memprotes, begitu juga ahli teori konspirasi, Alex Jones dari kumpulan Infowars. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI