fbpx

Kim Pan-gon yakin Harimau Malaya boleh menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PAN-GON percaya skuad negara mampu mengulangi kejayaan menewaskan Turkmenistan sekali lagi pada aksi malam ini.

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

KETUA Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon mahu pastikan misi balas dendam Karakum Warrior terkubur pada perlawanan antarabangsa Tier 1 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.

Pan-gon berkata, beliau sudah mempunyai perancangan ampuh untuk menewaskan Turkmenis­tan yang berada di kedudukan ranking lebih tinggi berbanding Malaysia.

Pengendali dari Korea Selatan itu berkata, beliau yakin barisan pemain yang akan diturunkan itu mampu mengulangi kejayaan menewaskan lawan pada aksi Kelayakan Piala Asia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jun lalu.

“Secara strategiknya, kita mahu menjemput pasukan yang ranking lebih tinggi dari Malaysia, ini penting kerana dapat belajar sesuatu dari pasukan tersebut yang secara tak langsung menguji kekuatan pasukan Harimau Malaya.

“Kita menerima pelawaan Turkmenistan bagi perlawanan antarabangsa ini dan mungkin mereka bercita-cita untuk membalas dendam setelah dimalukan 1-3 pada aksi Kelayakan Piala Asia, Jun lalu.

“Mungkin mereka mahu membuktikan betapa mereka lebih baik daripada Malaysia, dalam masa sama kami sedia untuk membuktikan kepada mereka yang kami juga adalah pasukan yang lebih baik,” katanya pada sidang akhbar semalam.

Mengulas lanjut mengenai pertemuan itu, Pan Gon menjanjikan satu pertembungan yang menarik dan turut menuntut pemain kebangsaan menjadi lebih fleksibel serta mempamerkan komitmen tinggi pada perlawanan penting tersebut.

“Perancangan utama adalah untuk membentuk pasukan yang kuat. Keputusan perlawanan itu bukanlah ukuran sebenar sebaliknya ingin melihat pendekatan taktikal yang konsisten dipamerkan.

“Saya mahu tunjukkan pada mereka bahawa falsafah bola sepak Harimau Malaya dengan mempamerkan permainan dan tidak goyah berdepan mana-mana pasukan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI