fbpx

Penuntut universiti antara dikesan memandu tanpa lesen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adenan (kiri) ketika operasi JPJ lintas negeri zon Utara di Tol Sungai Dua arah selatan, hari ini. - Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

SEBERANG PERAI – Tiada lesen memandu dalam kalangan remaja lepasan sekolah termasuk penuntut universiti antara kesalahan tertinggi yang direkodkan dalam Op Rentas Negeri yang berlangsung selama tiga hari dan berakhir hari ini.

Pengarah JPJ negeri, Adenan Md. Isa berkata, ini susulan 651 notis dikeluarkan atas kesalahan tersebut hasil operasi yang dijalankan di Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, Plaza Tol Sungai Dua arah Utara dan Selatan dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).

“Tiada lesen memandu masih mendominasi dalam kalangan pemandu di negeri ini dan alasan sama masih diberikan antaranya tiada masa untuk membuat lesen memandu dan harga lesen memandu mahal.

“Kebanyakan pengguna kenderaan yang tidak memiliki lesen ini terdiri daripada golongan belia yang juga lepasan sekolah dan universiti,” katanya kepada pemberita dalam sidang media di sini hari ini.

Secara keseluruhannya, beliau memberitahu, sebanyak 3,668 kenderaan diperiksa manakala 1,821 notis atas pelbagai kesalahan dikeluarkan sepanjang operasi berlangsung.

“Dalam pada itu, sebanyak 400 motosikal turut disita dalam operasi sama dengan kebanyakannya ditunggang oleh warga asing,” jelasnya.

Menurut Adenan, operasi yang dijalankan bersama JPJ Kedah dan Perlis itu bertujuan untuk menguatkuasakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, APAD 2010 dan Kaedah-kaedah di bawahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI