fbpx

Euro 2024: England mahu buka buku baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ENGLAND bakal berdepan cabaran Itali pada aksi pertama kelayakan Euro 2024 di Naples awal pagi esok. – AFP

NAPOLI – Pengurus England, Gareth Southgate sudah pun melakukan pertemuan empat mata dengan pemain dan mahu anak-anak buahnya menjadikan pencapaian di Piala Dunia sebagai sumber inspirasi untuk hadapi kelayakan Euro kali ini.

England bakal berkunjung ke Stadium Diego Armando Maradona bagi perhitungan dengan Itali dan kekecewaan tewas kepada Perancis di suku akhir Piala Dunia wajar dijadikan pembakar semangat untuk raih keputusan lebih baik pada kempen kali ini.

“Inilah cabaran terbesar yang kami perlu hadapi. Semua orang mahu berjuang mendapatkan tempat, terus dengan sikap dahagakan kejayaan. Sekarang kami perlu bermula daripada awal semula.

“Saya tahu pemain senior sudah bersedia dan mereka memiliki mentaliti yang diperlukan oleh pasukan. Kami sudah pun berlatih dalam tempoh beberapa hari untuk berdepan ujian sukar di Naples.

“Kami perlu lebih bersedia, tetapi saya fikir pemain juga sama. Sebagai satu kumpulan, kami merasakan inilah ujian terbaik buat kami dan perlawanan seperti ini mampu membuktikan yang kami mampu untuk memenangi perlawanan,” katanya.

Sementara itu, pertahanan Chelsea, Ben Chilwell kembali perkuatkan skuad The Three Lions selepas tidak dapat menyertai pasukan ke Piala Dunia tahun lalu akibat masalah kecederaan.

Chilwell juga senada dengan Southgate dan tidak mahu pasukan terlalu kecewa setiap kali mengingati keputusan di Piala Dunia.

“Kami perlu lupakannya dan perlu jadikan Piala Dunia sebagai sumber keyakinan. Ada perkara positif boleh diambil daripada perlawanan dengan Perancis (suku akhir Piala Dunia),” jelas­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI