fbpx

Tular jejaka mirip Tengku Mahkota Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video lelaki didakwa mirip Tengku Mahkota Pahang

PETALING JAYA – Rakaman video seorang jejaka mirip Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah sedang menjamu selera di sebuah kedai makan bersama anak dan isterinya tular di media sosial.

Rakaman yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @ShamYusof itu meraih 541 ribu tontonan, 965 tanda suka dan rata-rata netizen bersetuju muka jejaka berkenaan mirip Tengku Hassanal Ibrahim.

“Kawan saya ni, namanya Zulkifli dan memang semua orang ingat dia Tengku Mahkota Pahang,” komen pemilik akaun media sosial Nama Saya Mika.

Menurutnya lagi, Zulkifli juga pernah disangkakan Tengku Mahkota pahang ketika terlibat dalam misi banjir semasa bertugas sebagai Anggota Skuad Penyelamat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Segamat,  Johor ketika singgah di kedai makan.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersetuju Zulkifli dan Tengku Hassanal bersemuka suatu hari nanti.

“Apa kata suatu hari nanti, jumpakan Tengku Mahkota Pahang dan Zulkifli” komen Tweetie Izyan.

“Suruh la dia pergi melawat mana mana negara, sah orang akan ingat dia Tengku Mahkota Pahang” komen Dylazawawi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI