fbpx

K2

Hukum cabut gigi semasa berpuasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENCABUT gigi ketika berpuasa tidak membatalkan ibadah tersebut. – Gambar hiasan

Saya ingin bertanya, apakah hukum cabut gigi dalam bulan puasa? Adakah batal atau tidak? Bagaimana pula jika menelan air liur?

JAWAPAN: Mencabut gigi ketika berpuasa tidaklah membatalkan puasanya. Namun begitu, perkara yang diragui ketika mencabut gigi adalah keluarnya darah ketika itu.

Sedangkan keadaan itu sedikit pun tidak mempengaruhi hukum berpuasanya.

Namun, wajib bagi orang yang berpuasa tersebut untuk berusaha menjaga agar tidak menelan darah.

Hal ini kerana darah yang keluar semasa mencabut gigi adalah perkara yang datang kemudian dan bukan hal yang biasa terjadi, sehingga menyebabkan jika tertelan akan membatalkan puasa.

Berbeza pula dengan menelan air liur, ia tidak membatalkan puasa kerana air liur bersifat tabi’ie yang ada dalam mulut.

Maka, wajib bagi orang yang berpuasa tersebut untuk menjaga agar darah, ubat dan benda asing tidak sampai masuk ke perutnya.

Namun, jika ia masuk tanpa sengaja maka itu tidak mengapa kerana dia tidak melakukannya dengan sengaja.

Nasihat kami, seeloknya cabutlah pada waktu malam hari kecuali kerana keperluan.

Sementara itu, Jumhur fuqaha berpendapat, tidak batal puasa menelan air liur.

Air liur termasuk dalam sesuatu yang amat sukar dihindari seperti debu, debunga dan debu tepung. Mazhab Syafii berpendapat batal puasa jika menelan kembali air liur yang telah keluar dan berada antara dua bibir.

Begitu juga batal puasa menelan kahak dan hingus atas alasan kedua-duanya termasuk sesuatu yang boleh dihindarkan (boleh dibuang).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI