fbpx

Rasuah Jana Wibawa: Wan Saiful kemuka representasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Saiful- Foto oleh FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan akan mengemukakan representasi berkaitan dua pertuduhan rasuah berhubung Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa (Jana Wibawa).

Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 21 Februari lalu dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menerima rasuah hampir RM7 juta berkaitan Jana Wibawa.

Wan Saiful turut didakwa meminta rasuah berkaitan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur bernilai RM232 juta daripada Kerajaan Malaysia secara pra kelayakan.

Perkembangan mengenai representasi itu dimaklumkan oleh peguam Datuk Rosal Azimin Ahmad yang mewakili Wan Saiful, 48, semasa sebutan kali pertama di hadapan Hakim Rozina Ayob hari ini.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Afif Ali berkata pihaknya telah menyerahkan sebahagian dokumen kepada pembelaan mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah.

“Bagaimanapun, sebahagian lagi dokumen-dokumen lain seperti dokumen bank dan dokumen Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) akan serahkan nanti.

“Kami perlukan masa untuk mendapatkan dokumen asal daripada bank,” katanya.

Semasa prosiding itu, Rozina menegur Ahli Parlimen Tasek Gelugor itu supaya tertuduh tiba lebih awal di mahkamah.

“Saya harap ini kali pertama dan terakhir, (datang lewat ke mahkamah) selepas ini sila rancang perjalanan kamu,” kata hakim itu.

Wan Saiful kemudian memohon maaf dan memberitahu mahkamah bahawa beliau telah keluar rumah pada 7.15 pagi namun tidak menyangka perjalanan mengambil masa selama dua jam.

Mahkamah kemudian menetapkan 8 Mei untuk sebutan kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI