fbpx

PM tiba di Jeddah bagi lawatan rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar tiba di Jeddah hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Jeddah bersama isteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail bagi mengadakan lawatan rasmi atas undangan Kerajaan Arab Saudi.

Anwar dalam satu hantaran di Facebook berkata, ketibaannya disambut Gabenor Jeddah, Yang Mulia Putera Saud Bin Abdullah Bin Jalawi Al Saud.

Turut sama dalam lawatan itu adalah Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

“Lawatan ini akan memberi peluang kepada kedua-dua negara untuk membincangkan isu-isu dan kerjasama sedia ada di samping meneroka pelbagai bentuk kerjasama baharu.

“Semoga lawatan ini akan terus memperkukuhkan hubungan kedua-dua negara, insya-Allah,” katanya di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI